THE LONG CALL..




Hari Terakhir, Saya Bukan Peguam

>>“Apa rasa, hari terakhir bukan seorang lawyer?” tanya master saya.
>>“ Huh?” (saya macam blur..)
>>“Betul la, tomorrow will be your big day! And today is your last day, not being a lawyer.”
>>“Ha’ah ek.” Saya, macam biasa…
>>“Tomorrow we will be in the same level.”

Saya diam seketika, dan saya bersuara semula..tukar cerita.

Jujurnya perasaan saya bercampur baur sejak semalam. Menanti hari esok, hari bersejarah buat saya dan lapan orang lagi rakan bijaksana. Diterima masuk dan didaftarai sebagai Peguambela dan Peguamcara; satu-satunya profesion tanpa nama. Tiada gelaran cikgu, doktor atau insinyur di pangkal nama.

Peguambela dan penguamcara pada dasarnya bukan semata-mata satu pekerjaan, sebaliknya di sana menanti satu tanggungjawab yang tidak dipikul oleh mana-mana profesion lain. Menjadi seorang pengamal undang-undang memerlukan kesediaan menggalas beban tanggungjawab, menegakkan keadilan.

Namun saya akui, prinsip amalan undang-undang ini semakin hari semakin kabur. Dikaburi oleh sikap manusia yang kian hidup nafsi-nafsi. Saya teringat pengisian usrah beberapa minggu lepas (selain daripada apa yang telah saya tulis pada entri lepas); TAKABBUR, TAMAK dan HASAD; kehancuran manusia berpunca daripada 3 sifat mazmumah ini. Dan sifat2 ini mudah saja menular dalam hati. Halusnya bisikan iblis laknatullah yang kadang-kadang kita langsung tidak sedari.

Saya gembira;
gembira menanti hari esok yang bakal menjelang setelah saban tahun saya bertatih seorang diri.
Saya sedih;
sedih bila terkenang ketiadaan insan yang memahami, ketiadaan teman untuk berkongsi, mengerti kepayahan yang saya lalui dan meraikan natijahnya hari ini.
Saya bimbang;
memikirkan beban tanggungjawab yang bakal menanti, mampukah saya menggalasnya nanti?
Saya takut;
takut saya hanyut dibawa arus dan akhirnya terikut rentak mereka yang mengejar duniawi.

Biar apapun rasa yang bercampur baur ini, saya tetap meyakini bahawa apapun terjadi saya sentiasa ada Allah di sisi dan semoga Dia sentiasa melindungi.

Selamat Hari Belia

Hari ini 15 Mei, hari belia.

Esok 16 Mei, hari guru.

Minggu lepas, hari ahad saya mengikuti usrah perdana DMPG, setelah 7bulan saya gagal mengikuti usrah, salah satu kemalangan yang menimpa saya bila saya balik ke negeri sendiri :-(

Usrah perdana, sebulan sekali dengan naqib jemputan. Untung saya usrah kali itu naqib jemputannya ustaz Nik Abduh, abang rakan sekelas saya. Berkebetulan dia ada urusan di KL, dia dijemput menjadi naqib sebelum dia berlepas pulang ke Kelantan tengahari itu.

Pengisian yang cukup padat, dia mengingatkan kami pesan Ibnu Qayyim Al-Jauzi berkenaan 3 medan yang perlu kita tempuhi dalam kehidupan.

Pertama: medan ilmu, maka kita hendaklah memberatkan usaha menuntut ilmu. Allah memuliakan manusia dengan ilmu. Nabi juga berpesan untuk memperolehi dunia mahupun akhirat, kedua-duanya dengan ilmu.

Kedua: medan menyebarkan keadilan di muka bumi. Dalam hidup kita diperuntukkan 24jam sehari. Masa yang diberi perlu dimanfaatkan sebaik mungkin. Kita hamba, Allah tuhan kita. Allah beri kehidupan pada kita dan seharusnya kita bersyukur atas pemberian-Nya. Atas kesedaran sebagai hamba, kita hendaklah memperuntukkan waktu yang diberi untuk mengadap tuhan kita. Allah maha Pengasih, kerana kasih dan kasihan kepada hamba-hambaNya Allah telah menyusun untuk kita bertemujanji dengan-Nya. Dalam pada itu Allah telah mensyariatkan ibadah-ibadah sunat untuk kita. Beruntunglah bagi mereka yang melaksanakannya. Andaikan masa kita dengan Allah 2jam sehari, masih berbaki 22jam.

Kita juga kena ada masa untuk diri kita, untuk membina diri, bermuhasabah. Ramai orang terlupa ini, menginfak masa untuk orang lain tapi diri sendiri terabai. Kita dianjurkan untuk bermuhasabah, mengenalpasti kelemahan dan berusaha memperbaikinya. Hisablah diri kamu sebelmu kamu dihisab (di akhirat nanti). Muhasabah yang baik selepas berfikir ialah membaca buku. Oh, banyak sungguh buku-buku di pasaran kini yang boleh membantu kita menghisab diri!